• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Rahim Nafi Terlibat Komplot Guling Kerajaan

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-sekerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan 19 anggota Parlimen lain yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

“Laporan itu adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen khususnya (dari) UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata tidak ada sesiapa datang menemui beliau atau untuk berkomplot malah semenjak dua minggu lalu beliau tidak menemui sesiapa.

Menurutnya sejak dua minggu lalu juga beliau berada di kawasan Parlimennya menjalankan program Bersama Rakyat selain mengurus hal ehwal keluarganya.

“Sebagai pemimpin yang telah bergiat lama dalam UMNO iaitu sejak 24 tahun lalu dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan, saya amat bersyukur dan sangat berpuas hati dengan pencapaian itu.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan peluang kepada saya (berkhidmat) dalam tiga kementerian penting iaitu Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.

“Adalah tidak logik dan tidak berperikemanusiaan tuduhan dibuat sebegitu,” katanya.

Dalam posting di media sosial dengan tajuk ‘The Usual Suspects’:20 Nama Ahli Parlimen Berkomplot Jatuhkan Kerajaan? itu, nama Abdul Rahim antara tujuh anggota parlimen dari Sabah yang tersenarai.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mengenai usaha-usaha individu tertentu untuk menggulingkan kerajaan. – BERNAMA

Tags: BNKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Sabotaj BN, Azalina Cadang Ahli Parlimen Buat Deklarasi Setia

Next Post

Bersih 2.0 Beri Amaran Kepada KPN!

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post

Bersih 2.0 Beri Amaran Kepada KPN!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd