Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Video: Lelaki Kantoi Rakam...

VIDEO seorang lelaki dimarahi dan ditampar dalam sebuah tandas, beredar di laman sosial...

Ayam Jadi Rakan Karib...

MELBOURNE - Seorang pencinta haiwan semakin rapat dengan ayam peliharaannya sehinggakan menghabiskan masa...

Raja Permaisuri Agong Cemar...

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menaiki bas...

Zaharudin Dilantik Ketua Pegawai...

KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Prinsipal Etiqa Singapura, Zaharudin Daud dilantik sebagai Ketua...

Bersih 2.0 Beri Amaran Kepada KPN!

KUALA LUMPUR – Penganjur perhimpunan bagi menggulingkan kerajaan pada 29 Ogos ini, Bersih 2.0 memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak mengenakan tindakan tegas ke atas peserta perhimpunan itu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertindak bijak dengan tidak menghalang orang ramai daripada menyertai perhimpunan berkenaan.

“Kami ingin mengingatkan Ketua Polis Negara supaya bertindak bijak. Salah langkah pihak polis, seperti yang boleh dilihat dalam tiga perhimpunan lalu hanya akan menyemarakkan semangat orang ramai untuk ikut serta dalam perhimpunan kali ini.

“Ugutan dan tindakan hanya akan menambah rasa menyampah orang ramai terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Maria Chin dalam pada itu mendakwa ramai penjawat awam termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyertai perhimpunan itu.

Justeru, katanya, beliau meminta semua penjawat awam lain menyertai perhimpunan secara besar-besaran anjuran gerakan anti-kerajaan termasuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut. – MYNEWSHUb.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori