• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Mayat Pendatang Ditemui Dalam Trak Di Austria

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENNA – Kira-kira 50 mayat pendatang sudah reput ditemui dalam sebuah trak yang ditinggalkan pada ketika operasi memburu penyeludup manusia yang bertanggungjawab terhadap tragedi terbaru dalam krisis pendatang di Eropah.

Penemuan mayat berdekatan sempadan Slovakia dan Hungary muncul selepas lebih 30 mayat pendatang lemas di Mediterranean dan pemimpin Eropah bertemu sekali lagi bagi berusaha mencari jalan mengatasi kebanjiran pendatang ke negara Kesatuan Eropah.

Polis Austria berkata, trak berkenaan ditemui pada Khamis di lebuh raya dengan tertera syarikat penternakan ayam Slovakia dan nombor pendaftaran Hungary berisi di antara 20 dan 50 mayat reput.

Canselor Jerman, Angela Merkel, yang hadir pada sidang kemuncak bersama pemimpin Balkan bagi membincangkan krisis berkenaan berkata, beliau “terkejut” terhadap berita yang “mengerikan” itu.

“Ini adalah amaran supaya kita mengatasi isu pendatang ini dengan pantas dan dengan semangat Eropah, bermakna semangat solidariti dan mencari penyelesaian,” kata Merkel.

Setakat tahun ini, lebih 2,300 lelaki, wanita dan kanak-kanak lemas di Mediterranean selepas bot yang dikendalikan penyeludup manusia karam.

Sementara itu, pengawal pantai Libya berkata, kira-kira 30 mayat ditemui dalam bot yang membawa lebih 200 pendatang untuk menyeberangi ke Eropah. – AFP/BH ONLINE

 

Tags: Mayatpemerdagangan manusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd