• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Pelajar Ditahan Kerana Ponteng Sekolah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan 24 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun yang didapati ponteng sekolah di sebuah pusat snuker dekat Jalan Air Putih di sini Selasa.

Serbuan pukul 12.45 tengah hari itu dilakukan anggota ‘pasukan petugas’ Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kuantan yang diketuai oleh DSP Mohd Zaidi Mat Zin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, selain itu pemilik premis terbabit, seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun turut ditahan.

“Semasa serbuan dilakukan, kesemua pelajar terbabit yang lengkap berpakaian sekolah sedang leka bermain snuker.

Siasatan awal mendapati pelajar-pelajar itu bersekolah di sekolah berhampiran pusat snuker tersebut dan perkara itu juga akan dimaklumkan kepada ibu bapa serta pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata, selain itu hasil pemeriksaan turut mendapati pusat snuker tersebut memiliki lesen perniagaan yang sah namun menyalahgunakan aktiviti dengan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis.

Katanya, kesemua pelajar terlibat dan pemilik premis dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=zooQdeuyq6k

Tags: pelajarpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd