Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

PRK PD: Petugas Media...

PORT DICKSON - Petugas media yang sedang membuat liputan pengundian awal hari ini...

Pemuda Tikam Bekas Tunang...

KLUANG - Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis...

KAFA Kecewa Prestasi Pasukan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Pekerja Pasar Raya Hadapi...

IPOH - Seorang pekerja pasar raya hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah...

2 Rakan Karib Ke Tali Gantung Kerana Edar Dadah

MUAR – Dua rakan karib hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 381.02 gram jenis heroin dan Monoacetylmorpines pada 29 Nov 2011.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz ketika membacakan penghakimannya mendapati pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Lau Fong Yee, 40, dan Ng Peng Seng, 49.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka yang berasal dari Batu Pahat secara bersama-sama pada tarikh berkenaan pada 3.45 petang di Kilometer 160 Arah Selatan Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak, Ledang telah didakwa mengedar dadah seberat 381.02 gram (campuran 283.92 gram heroin dan 97.10 gram Monoacetylmorpines).

Berikutan itu kedua-dua mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh pertama iaitu Lau yang menghadapi dua lagi pertuduhan turut dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan dua tahun bagi pertuduhan kedua.

Zainal Azman memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara serentak bermula daripada tarikh Lau ditahan.


Bagi pertuduhan pertama Lau pada tarikh yang sama pada pukul 4.30 petang di Balai Polis Yong Peng, Batu Pahat telah didapati dalam milikannya dadah berbahaya iaitu 5.88 gram methamphetamine dan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua Lau pada tarikh, tempat dan masa yang sama juga turut didakwa memiliki dadah berbahaya Nimetazepam seberat 0.04 gram yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama.

Lau yang bekerja sebagai seorang pelayan restoran diwakili peguam Azmi Ahmad Bakri manakala Ng yang bekerja sebagai buruh diwakili G Visvanathan Nair.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zairani Tugiran. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori