KOTA KINABALU – Kualiti udara di dua bandar utama di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pagi ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 9 pagi, Tawau merekodkan bacaan IPU 67 dan Kota Kinabalu (53).
Keningau pula mencatat bacaan IPU baik iaitu 37.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). – BERNAMA