KAYLENE Mann, salah seorang waris mangsa nahas pesawat MH370 yang kehilangannya mencetuskan misteri selama ini menyifatkan perkembangan terbaharu dipercayai ada kaitan dengan pesawat tersebut adalah berita yang menggembirakan.
Ulasan itu dibuat berikutan penemuan serpihan dipercayai ada kena mengena dengan pesawat Boeing 777 MH370 di Reunion Island, semalam.
Serpihan Didakwa Milik MH370 Ditemui – M’sia Hantar Penyiasat
“Berita itu sedikit menggembirakan hati tapi selagi tidak dibuktikan, ianya masih bukan apa-apa. Kita perlu tunggu sehingga apa yang difikirkan itu terbukti,” kata Kaylene yang berada di Brisbane ketika dihubungi Fairfax Media.
Pakar Laut Australia Kata Ia Mungkin MH370?

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.
Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.
Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.
– MYNEWSHUB.CC
Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17
Oleh: Rem Ramzi