Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

PM Tinjau Persiapan Keperluan...

SUBANG - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau persiapan penghantaran barang-barang...

Perkasa Tidak Boleh Dikaitkan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah organisasi rasis, dakwa Ahli...

PRU14: Manifesto Pemuda BN...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin malam ini melancarkan...

Projek Ekonomi di Kampung...

BERA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan...

Bandaraya Kuching Diisytihar Bandaraya Perpaduan Pada 1 Ogos

KUCHING – Tanggal 1 Ogos ini, bakal menyaksikan sejarah tercipta di Bumi Kenyalang dengan pengisytiharan Kuching sebagai ‘Bandaraya Perpaduan’ oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Pengisytiharan itu bersempena sambutan perasmian ulang tahun Hari Bandaraya Kuching ke-27 di Stadium Perpaduan di sini.

Anggota Lembaga Pemegang Amanah Y1M Datuk Seri Azman Ujang berkata Bandaraya Kuching yang dihuni lebih 600,000 penduduk daripada sekitar 30 etnik ketika ini, wajar menjadi contoh kepada dunia bagaimana toleransi antara kaum dapat mewujudkan sebuah bandaraya cukup harmoni, pesat membangun, menjunjung teguh konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

“Perpaduan kaum di bandar raya ini cukup teguh, tidak seperti mana-mana kota raya di dunia yang kita lihat perpaduan kalangan penduduk pelbagai etnik cukup rapuh,” kata bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang merupakan anak jati Kuching itu kepada Bernama.

Ilham menjadikan Kuching sebagai sebuah ‘Bandaraya Perpaduan’ dicetuskan Yayasan 1Malaysia (Y1M) sekitar Disember tahun lepas yang membawa kepada pembentangan satu kertas kerja ke peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan Sarawak yang sekali gus menarik minat Ketua Menteri.

Adenan yang cukup teruja dengan idea berkenaan, melihat potensi besar kewujudan bandar raya berkenaan dalam memupuk semangat perpaduan dan intergrasi melewati batas sempadan Kuching mahupun Sarawak dan terus mengarahkan jentera kerajaan negeri menerajui inisiatif dalam menjayakan Kuching sebagai sebuah ‘Bandaraya Perpaduan’.

Y1M melalui kaji selidik kualitatif yang dijalankan Pengurusnya Ong Yuen Ling, telah memaparkan maklumat yang cukup mengagumkan, memperlihatkan banyak fakta yang menguatkan lagi hipotesis bahawa bandaraya Kuching adalah sebuah bandaraya perpaduan sejati yang tiada tolok bandingnya.


Antara fakta menyokong Kuching sebagai bandaraya perpaduan ialah statusnya sebagai bandaraya, kepadatan penduduk tinggi dengan kepelbagaian etnik serta budaya, kestabilan politik, keunikan struktur pentadbiran bandar dan kesamarataan peluang pekerjaan.

Sistem persekolahannya turut dilihat menyerlahkan perpaduan yang cemerlang antaranya penglibatan pelajar pelbagai kaum yang padu dalam pelbagai aktiviti termasuk sukan, kesenian, kuiz, debat, mahupun drama; manakala biasiswa pula diagih berdasarkan kepada prinsip prestasi serta potensi pelajar tanpa mengira kaum.

Selain itu, penduduk seluruh Sarawak amnya dilihat lebih terbuka kepada perkahwinan campur antara kaum, yang dilihat bukan sahaja mengukuhkan lagi konsep ‘Kesatuan dalam kepelbagaian’ malah menyuburkan lagi sikap bertolak ansur serta persefahaman yang membolehkan mereka hidup aman damai dan harmoni..

“Penerimaan kepelbagaian budaya membuatkan setiap individu memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi bangsa lain. Ini sekali gus memperkaya budaya dalam masyarakat serta mengukuhkan hubungan antara kaum.

“Semangat persaudaraan yang begitu menebal di dalam sanubari setiap penduduk Sarawak boleh dijadikan sebagai satu model perpaduan,” menurut kertas kerja itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori