• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan Gagal Batal Saman MB Pahang

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman fitnah difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung artikel “Hebat Sangatkah Adnan’, yang disiarkan pada November lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam menolak permohonan itu dengan kos RM3,000 di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Americk Sidhu mewakili Adnan dan peguam Azhar Arman Ali dan M.Reza Hassan mewakili Utusan Malaysia.

Ketika ditemui pemberita, M.Reza berkata permohonan Utusan Malaysia untuk membatalkan saman itu ditolak selepas mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam bahawa Adnan tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk menyaman Utusan Malaysia kerana beliau dikritik atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

M.Reza berkata mahkamah turut membenarkan permohonan Utusan Malaysia untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan Isnin ini, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 5 Dis tahun lepas, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung artikel itu, yang diterbitkan defendan pada 9 Nov dalam akhbar Mingguan Malaysia, di bawah ruangan ‘Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat’.

Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan menteri besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Plaintif seterusnya mendakwa artikel itu menjejaskan reputasinya dan membawa kebencian dalam kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf di muka depan akhbar itu selain menuntut pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUtusan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd