• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Terima Keputusan PM Gugur Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO Johor berharap barisan Kabinet yang baharu dibentuk semalam mampu menyelesaikan masalah dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikannya dalam tempoh munasabah.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata UMNO negeri itu juga menerima ketetapan Perdana Menteri untuk menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Semasa Perdana Menteri datang ke Johor pada 15 Mei lalu, Perhubungan UMNO negeri membuat keputusan bahawa Perdana Menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi termasuk isu 1MDB.

“Jika soal kekuatan termasuk menggugurkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

“Dalam pada itu, perlulah juga diambil peringatan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Timbalan Presiden UMNO dan diharap semua pihak terus menghormatinya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamed Khaled juga berkata, tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang sudah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian masing-masing. “Saya berharap rakyat dan ahli UMNO khususnya daripada Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan.

“Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk akhirnya menemui kebenaran,” katanya. – BHarian Online

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd