• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Dan BN Pahang Sokong Keputusan PM Rombak Kabinet

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Badan Perhubungan UMNO Pahang hari ini menyokong penuh tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan kabinet semalam dan melantik barisan jemaah menteri baharu dalam usaha membentuk barisan kepimpinan negara yang lebih jitu.

Pengerusinya Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri percaya tindakan itu dilakukan bagi mengukuhkan lagi parti dan kerajaan.

“Kita akan berikan sokongan supaya apa juga masalah dihadapi dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Yayasan Pahang di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Adnan yang juga Pengerusi BN negeri turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu dan berharap beliau dapat menjalankan tugas dengan amanah, bertanggungjawab, adil dan saksama.

“Kita juga berharap beliau dapat membantu perdana menteri menguruskan parti dan kerajaan,” katanya.

Adnan juga merakamkam penghargaan UMNO dan BN negeri terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selama ini telah berkhidmat menguruskan jentera pentadbiran parti dan negara. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd