• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Parti Baharu Adalah Golongan kecewa – PAS Terengganu

oleh Ahmad Albab
16/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyifatkan bekas pemimpin kanan parti yang terlibat dengan penubuhan Parti Gerakan Harapan Baru sebagai orang yang kecewa dan tidak berjiwa besar kerana tidak dipilih dalam Muktamar PAS Jun lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata berdasarkan pemerhatiannya tiada muka baharu dalam barisan pimpinan Parti Gerakan Harapan Baru cuma terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan muka-muka lama sahaja.

“Alasan yang diberikan untuk penubuhan parti itu tiada hujah yang konkrit melainkan sekadar hanya ingin menjadi pemimpin, jika mahu tumbangkan Barisan Nasional (BN), lebih baik mereka menyertai DAP atau PKR sahaja.

“Kewujudan mereka itu nanti hanya akan menyebabkan pertembungan tiga penjuru iaitu antara PAS, BN dan parti baharu itu bahkan mereka akan menjadi penyebab kepada kemenangan BN dan mengecewakan hasrat (PAS) untuk melihat BN tewas pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baharu itu yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.

Satiful Bahri menyifatkan tindakan untuk menubuhkan parti baharu dan berusaha menarik keluar anggota PAS, memfitnah dan memberi pelbagai alasan, hanya menzahirkan tindakan khianat kepada PAS.

“Semasa menjadi calon mereka ini telah melafazkan sumpah baiah dan sepanjang sejarah PAS, mereka yang khianat tidak akan ke mana-mana dalam hidup mereka.

“PAS tidak akan berundur. Kita akan tetap bertanding tanpa mempedulikan parti baharu itu bahkan di kerusi dimenangi DAP sebelum ini kerana tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara PAS dan DAP sendiri sudah terbatal,” katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baharu itu mengumumkan pelancaran parti baharu itu pada Isnin lepas.

Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. – BERNAMA

 

Tags: GHBPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd