• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik KL Awasi 10 Kawasan Panas

oleh Ahmad Albab
16/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada 10 kawasan panas yang dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya.

Kawasan itu ialah Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Duta, Jalan Sungai Besi dan Jalan Klang Lama.

Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain, jalan-jalan berkenaan sering mencatat angka kemalangan yang tinggi apatah lagi semasa musim perayaan.

“Misalnya dalam Dalam Op Selamat 2014, sebanyak 204 kemalangan direkod dalam 10 kawasan panas ini dengan Jalan Kepong merekod angka kemalangan tertinggi iaitu 98 kes.

“Ini diikuti dengan Jalan Cheras (94), MRR2 (93), Jalan Tun Razak (68), Jalan Ipoh (66), Jalan Kuching (63), Jalan Ampang (58), Jalan Duta (57), Jalan Sungai Besi (54) dan Jalan Klang Lama (52),” katanya kepada kepada Bernama.

Mohd Nadzri berkata Trafik Kuala Lumpur akan meningkatkan operasi sempena Aidilfitri menerusi Op Selamat.

“Selain mengadakan Op Statik Payung, pelbagai operasi lagi akan diadakan seperti Op Waktu Terhad, Op Lumba Haram, Op Pelbagai Kesalahan, Op Had Laju, Op Lampu Merah dan Op Mabuk,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melaksanakan operasi bersepadu di hentian bas ekspres sebelum bas memulakan perjalanan, bagi memastikan pemandu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika membawa penumpang. – BERNAMA

 

Tags: aliran trafikHari Rayarrat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd