Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Teliti Semula Penjualan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penjualan aset syarikat TH Plantations Bhd...

SPR Tiada Kuasa Siasat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang...

Selangor Guna Teknologi Baharu...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil pendekatan menggunakan beberapa teknologi baharu dalam usaha...

Lagu ‘Fighter’ Lonjak Semangat...

GOLD COAST — Kekecewaan gimnas negara, Amy Kwan pada edisi lepas di Glasgow,...

Trafik Di Beberapa Lebuhraya Perlahan Setakat 6 Petang Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuhraya utama dilaporkan semakin perlahan setakat pukul 6 petang tadi.

Ini berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas menghabiskan cuti Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline melaporkan aliran trafik dari arah utara bergerak perlahan dari Taiping ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar menuju ke R&R Sungai Perak dan Terowong Menora ke Ipoh Utara.

“Aliran trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai, Hentian Rehat dan Rawat Tapah menuju ke Bidor dan dari Sungkai ke Slim River,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Bagi arah selatan aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Senawang menuju ke Seremban.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan menyebabkan aliran trafik perlahan dari arah Bentong ke Genting Sempah di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan dari Plaza Tol Gombak menuju ibu negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori