• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Harus Berhenti Menangguk Di Air Yang Keruh

oleh Ahmad Albab
28/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Lokman Adam

Semenjak Anwar disumbatkan ke dalam penjara Disember lalu, Tun Mahathir mula melancarkan serangan ke atas Dato’ Sri Najib secara besar-besaran. Sejak itulah tugas jentera BN dan kerajaan yang selama hari ini fokus pada usaha menjawab pembangkang, akhirnya lari fokus kepada menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang yang diulang oleh Tun Mahathir.

Jika sebelum ini ianya lebih mudah untuk mematikan hujah dan fitnah pihak lawan, namun apabila hujah dan fitnah itu diulang oleh bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun, sudah pastilah kerja menerang dan memberikan pencerahan kepada rakyat terhadap sesuatu isu menjadi lebih sukar, kecuali jika seseorang itu sudahpun mengenali perangai Tun Mahathir.

Sebagai seorang yang berhubung dengan jentera BN setiap hari, saya secara peribadi menerima banyak kerluhan akar umbi tentang betapa sukarnya mereka hendak mempertahankan kerajaan, terutamanya dalam isu-isu yang rumit untuk difahami seperti 1MDB. Namun, apa jua cabaran yang dihadapi oleh jentera-jentera parti ini, mereka tidak pernah berputus asa, walaupun tidak dapat dinafikan ramai dikalangan kami syahid terutamanya mereka yang takut kedudukannya tergugat sekiranya Dato’ Sri Najib menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.

Berkat usaha berterusan jentera-jentera ini, kerumitan memperjelaskan isu 1MDB akhirnya dapat dipermudahkan dengan bantuan pemimpin, penulis, pereka grafik, blogger, facebookers, agensi kerajaan dan pelbagai pihak lain, termasuklah ahli biasa yang membantu menyebarkan apa yang kami sediakan. Alhamdulillah, perkembangan mutaakhir berhubung pendedahan Xavier Andre Justo dan Lester Melanyi telah menyingkap satu persatu komplot mengubahsuai dokumen yang dicuri dari Petro Saudi. Sedikit sebanyak, kebenaran yang semakin tersingkap ini memulihkan kembali semangat jentera parti apabila pendedahan demi pendedahan memihak kepada kita.

Apa yang menyedihkan saya malam ini, apabila saya membaca, mendengar dan meneliti ucapan Tan Sri Mahyuddin Yassin di Cheras. Berulang kali saya baca, saya bagaikan tidak percaya seorang Timbalan Presiden UMNO boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

“Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge.

“Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul?” katanya.

Sedarkah Tan Sri bahawa akhbar The Edge ini baru sahaja mula digantung oleh Kementerian Dalam Negeri mulai hari ini? Berita ini sememangnya sudah lama dinantikan oleh penyokong kerajaan yang dahagakan ketegasan kerajaan terhadap pemfitnah yang cuba sabotaj ekonomi negara. Pernah tidak Tan Sri terfikir kemana perginya maruah KDN apabila Timbalan Perdana Menteri sendiri mempertahankan akhbar yang baru digantung oleh mereka? Pernahkah Tan Sri terfikir betapa sukarnya jentera-jentera ini hendak memberikan justifikasi terhadap tindakan kerajaan ini? Macamana Tan Sri tergamak mewawarkan seolah-olah ianya satu-satunya sumber berita yang boleh dipercayai? Apa sebenarnya yang Tan Sri fikirkan?

Sebagai seorang Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri lah yang sepatutnya memimpin kami jentera Barisan Nasional dan kerajaan dalam medan perang. Malangnya, bukan sahaja Tan Sri tidak membantu kami dalam menerangkan isu ini, sebaliknya menambahkan beban kami pula untuk menjawab kepada rakyat apabila ayat-ayat Tan Sri digunakan oleh pihak pembangkang dan Pro Tun M untuk menyerang Kerajaan. Sedarkah Tan Sri betapa hancurnya hati kami jentera parti bila Tan Sri buat begini? Kalau Menteri-Menteri lain yang turut membaca bahan 1MDB yang diperolehi melalui Mesyuarat Kabinet boleh membantu untuk menjelaskan isu ini, kenapa tidak Tan Sri? Kalau jentera dan ahli parti yang tidak ada peluang dapat penjelasan melalui Mesyuarat Kabinet boleh mencari jawapan melalui internet, kenapa tidak Tan Sri. Jika kami jentera kerajaan dan para blogger boleh berdialog dengan 1MDB untuk mendapat pencerahan, kenapa tidak Tan Sri? Kenapa PM pula yang Tan Sri desak untuk menjawab tentang 1MDB? Adakah beliau CEO baru 1MDB?

Cukup-cukuplah Tan Sri, hentikanlah usaha Tan Sri ini, tidak bolehkah Tan Sri bersabar. Laporan Ketua Audit sudahpun siap, Laporan PAC pun tidak lama lagi siap. Siasatan Petugas Khas SPRM, PDRM dan Bank Negara pun tidak lama lagi siap. Apa tujuan Tan Sri memburukkan kembali isu 1MDB yang semakin nampak sinar kebenaran ini? Adakah Tan Sri takut kebenaran akan muncul dan peluang Tan Sri untuk jadi Perdana Menteri akan hancur berkecai? Saya minta maaf banyak-banyak Tan Sri, macam Tan Sri selalu cakap, UMNO perlu diremajakan. Saya tak nampak proses peremajaan itu akan berlaku jika Presiden digulingkan dan digantikan dengan seorang Timbalan yang 6 tahun lebih tua dari Presiden sekarang. Simpatilah pada jentera parti, cukup-cukuplah menanguk di air yang keruh.

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd