• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tom Cruise Bakal Lamar Gadis 31 Tahun Muda Daripadanya?

oleh AK-47
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHABAR angin bertiup kencang di Hollywood mendakwa aktor Tom Cruise bakal melamar kekasihnya, Emily Thomas yang muda 31 tahun daripadanya.

Emily, 22, warganegara Britain merupakan pembantu peribadi kepada Cruise dan mereka dikatakan sudah mula menjalinkan hubungan istimewa sejak penghujung tahun lalu.

Menurut sumber terdekat, Cruise, 53, memang sangat tergila-gilakan Emily dan begitu juga sebaliknya.

tom 1
Tom Cruise bersama gadis yang berjaya menawan hatinya, Emily Thomas, yang muda 31 tahun daripada aktor popular itu.

Perkenalan kedua-duanya bermula ketika Cruise mencari seorang pembantu sepanjang dia menjalani penggambaran filem terbaharu Mission Impossible- Rogue Nation yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula minggu hadapan.

Cruise sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes.

Perkongsian hidup dengan Holmes, Cruise mempunyai seorang anak perempuan, Suri, 8, dan dua anak angkat yang dibelanya ketika bersama Kidman iaitu Isabella dan Connor. – MYNEWSHUB.CC

isabella-cruise-435
Tom Cruise bersantai bersama anak-anaknya, Connor, Isabella dan Suri.

Mission: Impossible – Rogue Nation Official Trailer

Tags: hollywoodmyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

20/06/2026
0

MUAR - "Kita ramai 'Hollywood'. Paling 'Hollywood' sekali yang dekat Muar" Demikian sindiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd