• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Gantung Permit The Edge Wajar – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Tindakan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuat kuasa Isnin ini disifatkan sebagai satu tindakan wajar dan perlu dikenakan terhadap media sosial lain yang menyiar laporan menjejaskan keamanan dan perpaduan negara.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan keras perlu dikenakan untuk dijadikan sebagai peringatan supaya tidak ada pihak yang menyalahgunakan hak kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun dalam perlembagaan rakyat ada hak bersuara, tetapi mereka masih lagi tertakluk kepada undang-undang dan kebebasan itu tidak boleh dijadikan lesen untuk menyebarkan fitnah, menghasut, sabotaj ekonomi negara dan bertindak sebagai pengkhianat.

Jangan disebabkan ada kebebasan semua anggap kebebasan itu tiada hadnya, kalau semua beranggapan demikian, ia bukan sahaja akan merosakkan negara dari segi ekonomi, tetapi rusuhan kaum juga boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di Dataran Kerayong di sini Sabtu yang dihadiri kira-kira 10,000 masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa Isnin ini.

Tindakan itu diambil berikutan dua laporan yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan memudaratkan kepentingan awam dan negara.

Katanya tindakan yang lebih tegas wajar diambil seperti membatalkan permit dua akhbar berkenaan serta mana-mana media yang berterusan menyiarkan laporan menjejaskan ekonomi dan perpaduan negara.

Hishammuddin ketika diminta mengulas perkara yang sama pula berkata, tindakan keras itu perlu diambil untuk menjaga keselamatan dan keharmonian negara.

“Media ada tanggungjawab. Jika ada yang dilaporkan menjejaskan keselamatan dan keharmonian serta tidak benar, kerajaan kena buat pendirian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriThe Edge
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd