• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Buah Rumah Di Jelutong Terbakar

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Penghuni tiga buah rumah di Jalan Madrasah, Jelutong di sini bukan sahaja tinggal sehelai sepinggang malah persiapan raya juga musnah selepas rumah mereka hangus terbakar dalam kebakaran malam tadi.

Tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana penghuni tiga rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran kira-kira pukul 9.25 malam.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.30 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kebakaran kira-kira tujuh minit kemudian.

“Ketika pihak bomba sampai, api sedang marak membakar tiga buah rumah dua tingkat yang terletak bersebelahan antara satu sama lain itu.

“Api merebak dengan cepat berikutan rumah-rumah berkenaan diperbuat daripada kayu. Tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera kerana penghuni sempat menyelamatkan diri,” katanya di sini.

Jurucakap bomba dan penyelamat itu berkata seramai 38 pegawai dan anggota dengan lima jentera bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.

Katanya pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran dalam masa 10 minit dan kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.

“Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata siasatan awal mendapati kebakaran itu bermula di bahagian dapur sebuah daripada rumah yang terlibat.

Ini ekoran penghuninya terlupa memadamkan api di dapur selepas masak, katanya.

Mangsa, Hayati Abu Hassan, 53, berkata tiga buah rumah berkenaan didiami beliau dan tujuh orang anak serta menantu termasuk tiga anaknya yang bisu.

“Habis semua barangan dalam rumah termasuk sedikit persiapan raya yang telah dibuat hangus terbakar, kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd