• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Titah Pihak Berkuasa Tegas Atasi Masalah Bauksit

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan kebimbangan dengan kegiatan perlombongan bauksit secara haram di daerah ini dan menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk mengatasinya.

Tengku Abdullah bertitah, berdasarkan pemerhatian baginda sendiri, penguatkuasaan yang longgar menyebabkan pihak pelombong haram ini semakin berani dan rakus menjalankan kegiatan tersebut.

“Ini menjadi satu kebimbangan, saya harap pihak kerajaan negeri sendiri harus bertegas dalam hal ini kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang terjadi di Cameron Highlands.

“Perbuatan meneroka tanah serta perlombongan secara haram seperti ini secara berleluasa tanpa mengira masa dan tempat akan mendatangkan masalah besar jika pihak berkuasa tidak membuat tindakan sewajarnya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian zakat berjumlah RM2.56 juta daripada enam badan korporat di Istana Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Dilaporkan perlombongan bauksit secara haram semakin berleluasa di kawasan Bukit Goh, Bukit Sagu dan Bukit Kuantan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk mengotorkan jalan raya, udara dan air.

Mengulas lanjut tentang masalah itu, Tengku Abdullah juga mahukan pihak berkuasa supaya lebih proaktif dalam menjalankan tugas untuk menangani tindakan licik pelombong haram ini yang dikatakan semakin bijak menukar strategi untuk mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa.

“Saya dimaklumkan kontraktor-kontraktor yang terlibat (dalam perlomobongan buaksit) semakin berani dan pandai (elak perbuatan dikenakan tindakan pihak berkuasa).

“Jadi saya harap pihak penguatkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih proaktif dan lebih mantap, kalau tidak habis bukit-bukit ini semua,” titah baginda.

Baginda bertitah setiap aktiviti perlombongan bauksit perlu mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

“Ia termasuk soal kenderaan itu sendiri dan setiap lori yang keluar dari kawasan perlombongan bauksit perlulah dipastikan bersih sebelum memasuki jalan raya dan ditutup untuk mengelakkan debu-debu bauksit itu berterbangan sehingga mengotorkan jalan raya dan mencemar alam sekitar.

“Apa yang saya perhatikan lori hantu pun ada dan ini tidak mencerminkan penguatkuasaan yang tepat. Dalam hal ini mereka perlu ikut prosedur standard yang ditetapkan dan bertimbang rasalah sedikit,” titah baginda.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah menerima zakat perniagaan berjumlah RM2.56 juta daripada enam badan korporat iaitu Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini akan meningkat kepada RM110 juta dengan melibatkan 81,000 pembayar berbanding RM102.6 juta dengan 74,000 pembayar pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: lombongTengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Spanco: Muhyiddin Beri Penjelasan

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

24/02/2024
0

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat...

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

03/01/2024
0

Seremban: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Negeri Sembilan dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi selepas prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd