• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Tema Air Tasik Kenyir Catat 10,757 Pengunjung

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Taman Tema Air Tasik Kenyir di Pulau Poh mencatatkan sebanyak 10,757 pengunjung sejak ia dibuka kira-kira sebulan kepada orang ramai bermula 31 Mei lepas.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Wan Mat Amin Wan Daud berkata daripada jumlah itu, seramai 6,156 merupakan pengunjung dewasa manakala 4,601 kanak-kanak direkodkan sehingga 30 Jun lepas.

“Malah sebanyak RM244,849.35 telah diperoleh hasil kutipan jualan tiket, cafe, dan kedai cenderamata,” katanya pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Ketengah bersama media di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau berkata taman tema air yang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM7.5 juta bagi tujuan pembinaan infrastruktur fasa pertama berjaya menggamit hampir 400 pengunjung pada hari pertama ia dibuka sempena Festival Kenyir 2015.

Operasi Taman Tema Air Tasik Kenyir itu diuruskan Ketengah Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Ketengah dengan kakitangan sokongan seramai 25 orang, katanya.

Wan Mat Amin berkata fasa pertama pembinaan taman tema air itu merangkumi kawasan permainan air dengan kolam terapung, gelongsor, ‘paddle boat’ serta beberapa kemudahan seperti surau, kafe dan peti simpanan.

Taman tema air berkeluasan kira-kira dua hektar itu mampu menampung sekitar 600 pengunjung pada satu-satu masa.

“Fasa kedua pula termasuk beberapa lagi permainan air selain dilengkapi dengan kemudahan penginapan. Sebenarnya chalet sudah ada di sini dan kita dalam proses melakukan kerja-kerja baik pulih yang akan siap sepenuhnya pertengahan tahun depan,” katanya.

Jarak taman tema air itu hanya kira-kira 50 meter dari Pengkalan Gawi dan pengunjung boleh menggunakan kemudahan bot yang dikendalikan oleh pengusaha bot di Tasik Kenyir.

Beliau berkata dengan kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir yang terus meningkat saban tahun, selain tarikan terbaharu, zon bebas cukai di tasik itu pada tahun depan, ia akan menjadi faktor penyumbang penting kepada jumlah kedatangan pelancong serta peningkatan kegiatan ekonomi di negeri ini. – BERNAMA

Tags: TASIK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PGI: Laporan Sarawak Report Tak Boleh Dipercayai Sama Sekali

Next Post

Tindakan Tegas Pihak Cuba Mudaratkan Malaysia

Related Posts

Pencuri Kabel Terjun Tasik Lepas Dikejar 30KM

Pencuri Kabel Terjun Tasik Lepas Dikejar 30KM

19/02/2023
0

Kajang : Pencuri kabel nekad terjun ke dalam tasik bagi mengelakkan ditahan polis selepas melarikan diri sejauh hampir 30 kilometer...

Tasik Di India Dikeringkan Kerana Takut Virus HIV

07/12/2018
0

NEW DELHI - Pihak berkuasa mengepam keluar air dari sebuah tasik di selatan India bagi meredakan kebimbangan penduduk bahawa air...

Next Post

Tindakan Tegas Pihak Cuba Mudaratkan Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd