Sample Page Title

Kajang : Pencuri kabel nekad terjun ke dalam tasik bagi mengelakkan ditahan polis selepas melarikan diri sejauh hampir 30 kilometer (km) di Jalan SP 6/2 Bandar Saujana Putra, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang memandu sebuah lori dikesan anggota bertugas berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar Sungai Chua, di sini pada jam 3.30 pagi.

Menurutnya, ketika cuba ditahan anggota bertugas, suspek cuba meloloskan diri dan bertindak memecut laju menuju ke arah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Anggota bertugas sekali lagi cuba menghentikan lori berkenaan tetapi dihalang oleh suspek dengan melakukan aksi bahaya bergerak ke kiri kanan jalan.

“Pasukan polis terus mengekori suspek sehingga di Plaza Tol Ayer Hitam namun suspek tidak berhenti malah melanggar palang tol seterusnya meneruskan perjalanan ke arah Banting sehingga susur keluar ke Saujana Putra,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu sekali lagi melanggar palang di Plaza Tol Saujana Putra dan menuju ke Jalan Saujana Putra sebelum melanggar beberapa kenderaan awam yang diletakkan di bahu jalan.


“Lori dipandu suspek akhirnya berjaya ditahan di Jalan SP 6/2 Bandar Saujana Putra. Suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam tasik berhampiran namun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam.

“Pemeriksaan menemui 25 kabel yang dipotong dipercayai dicuri dan beberapa alat memotong kabel di dalam lori dipandu suspek,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan ujian urin didapati positif dadah jenis methamphetamin.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Noorhasmizan Wan Asri di talian 0129548532 bagi membantu siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...