Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Isteri, Anak Lelaki Azmin...

KUALA LUMPUR - Isteri dan anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali...

Nur Fazura Tegur Sikap...

BAGI mereka yang mengikuti program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pasti anda tahu...

Ketiadaan Bruno Jejaskan Corak...

KUALA TERENGGANU - Ketiadaan Bruno Junichi Suzuki jelas menjejaskan rentak permainan pasukan Terengganu...

RM48 Juta Wang Bapa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan wang lebih RM48...

Tindakan Tegas Pihak Cuba Mudaratkan Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap individu yang cuba memudaratkan ekonomi dan proses demokrasi Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan amaran itu berkata sejak beberapa bulan lepas, dilihat terdapat cubaan untuk menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan kerajaan negara ini yang dipilih secara demokrasi.

“Ini boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata sumber bagi semua dakwaan itu diperoleh daripada data yang didakwa dicuri oleh seorang individu yang telahpun ditahan dan kini disiasat bagi cubaan memeras ugut.

“Sebuah syarikat keselamatan siber antarabangsa bebas, Protection Group International (PGI), telah mengesahkan kecurian itu dan menyatakan bahawa maklumat yang diterbitkan itu boleh dipertikaikan dan tidak boleh dipercayai,” katanya.

“Beberapa laporan media didapati memetik dokumen-dokumen yang tidak disahkan.


“Adakah dokumen itu tulen? Adakah dokumen itu benar-benar wujud? Siapakah kumpulan penyiasat yang tidak dinamakan yang kononnya mengesan pergerakan wang itu?” soalnya.

Ahmad Zahid berkata pelbagai dakwaan dan syak wasangka telah dilemparkan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini merupakan amalan kewartawanan tidak bertanggungjawab dan semberono dan perbuatan itu menghampiri kesalahan jenayah,” katanya.

Katanya siasatan sedang dijalankan dan dengan itu semua pihak (dalam negara dan antarabangsa) sepatutnya tidak mengulas perkara itu untuk mengelakkan daripada mengelirukan orang ramai.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori