• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarul Ridzwan Enggan Lakonkan Adegan Mesra Lepas Balik Umrah

oleh AK-47
15/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON lelaki yang semakin mekar namanya dalam bidang seni, Syarul Ridzwan enggan melakonkan sebarang adegan mesra dengan heroin gandingannya dalam mana-mana naskhah filem dan drama selepas ini.

Menurutnya, dia kini sebolehnya mahu membataskan lakonan terutama membabitkan babak berpegangan tangan, berpeluk dan aksi romantis lain.

Siti Saleha Tidak Kisah Lakonkan Adegan Peluk

“Sebenarnya sebelum pergi umrah lagi saya sudah elak berlakon adegan sebegitu. Bagaimanapun, saya tidak mahu ada pihak beranggapan pulang dari umrah terus berubah 100 peratus. Cuma selepas ini saya akan had dan elakkan adegan sedemikian.

“Bukan sahaja dalam lakonan tapi pergaulan di luar juga. Jika masih ada dalam skrip, saya akan berbincang dengan pengarah,” ujar aktor berusia 26 tahun itu menerusi laporan disiarkan Harian Metro.

syarul
Syarul mengerjakan umrah tiga hari sebelum Ramadan bersama kedua ibu bapanya.

Seperti mana kebanyakan selebriti lain, Syarul turut mengambil keputusan berehat daripada mengambil sebarang tawaran lakonan sepanjang Ramadan agar dapat meluangkan masa berbuka puasa dengan keluarga tercinta.

Bagi yang menggemari lakonan bersahaja Syarul, jangan lupa saksikan telefilem khas Raya berjudul Jodoh Ke Uolls yang turut dibintangi Mia Ahmad, Izreen Azminda dan Amar Baharin yang bakal bersiaran pada hari raya pertama jam 9 malam di TV3. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Syarul Ridzwan sings Kuch Kuch Hota Hai

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd