SUSULAN penahanan seorang pemuda berusia 22 tahun yang disyaki melakukan perbuatan jenayah cuba mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada 11 Julai lalu, suspek dilaporkan bakal didakwa di Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Memetik laporan Astro Awani, individu tersebut bakal didakwa pada jam 11 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.
TERDAHULU: Insiden Plaza Low Yat Perbuatan Jenayah
Jika disabitkan kesalahan, dia bakal berhadapan hukuman penjara sepuluh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Sabtu lalu, suspek direman selama tiga hari setelah berjaya ditangkap orang ramai kerana dituduh mencuri gajet di Plaza Low Yat.
Dalam pada itu, 18 individu telah ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan di hadapan pusat beli-belah peralatan elektronik itu pada Ahad lalu.
Insiden tersebut tercetus setelah banyak pihak berhimpun bagi membantah tindakan yang diambil terhadap suspek, juga bagi membantah penipuan yang didakwa sering dilakukan pihak peniaga di situ terhadap para pelanggan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Plaza Low Yat Sepi, Lengang Dari Kunjungan Orang Ramai
https://www.youtube.com/watch?v=i6si8K8hExI

