• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Umie Aida Dalang Serangan Sarawak Report Pada Najib?

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUJUNG minggu ini bukanlah tempoh masa yang menyenangkan apabila negara diasak satu perkhabaran mengejutkan, kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sejumlah dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion).

Berita tersebut dipaparkan dalam akhbar Wall Street Journal namun dinafikan Najib tak lama selepas itu.

Selain itu, portal Sarawak Report turut mendakwa Najib menerima RM42 juta daripada sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd.

WSJ-NAJIB

Namun yang pelik lagi kelakarnya, laporan-laporan tersebut menampakkan keraguan jelas apabila mendakwa ia dimasukkan ke akaun peribadi Najib. Walau golongan marhaen pun pastinya ramai boleh berfikir secara mudah, takkanlah seseorang yang berpengaruh akan bertindak memasukkan dana awam yang jumlahnya mencecah bilion ringgit ke akaun peribadi.

Dakwaan Palsu Adalah Sabotaj Politik Jatuhkan Saya Sebagai PM

Pastinya rata-rata masyarakat tertanya-tanya, di mana asas kepada dakwaan-dakwaan yang ditujukan kepada Najib sejak akhir-akhir ini, malah lebih panas lagi, siapakah gerangan individu yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu Najib berkata, beliau percaya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang bersekongkol dengan pihak tertentu dalam penyebaran isu terbaharu itu.

najib-Tun M

Kalau difikirkan balik, kenyataan tersebut ada asasnya kerana tindakan bertalu-talu dari ‘kem’ Tun M tak pernah berhenti sejak beberapa bulan lalu.

Nak lagi bukti jelas?

Nah, dalam pendedahan terbaharu di Internet, individu yang terkenal sebagai ‘pembantu kanan’ Tun M iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan, dikatakan telah terbang ke London untuk bertemu dengan pemilik Sarawak Report Claire Brown minggu lalu.

Ramai tahu, Khairuddin telah diisytihar muflis beberapa bulan lalu jadi secara automatik dia tidak boleh terbang keluar dari Malaysia. Namun yang peliknya, Khairuddin yang juga suami kepada aktres popular Umie Aida mampu ‘melepaskan dirinya’ untuk ke sana.

Suami-Muflis-Rumah-Mewah-Umie-Aida-Bakal-Dilelong-ROTIKAYA-700x496

Lagi menyedihkan, ramai antara kita turut menelan bulat-bulat dakwaan yang dilemparkan kepada Najib tanpa usul periksa sumber sahih. Kalau dilihat sejarah The Wall Street Journal sebagai satu entiti media berpengaruh, mungkin ramai yang akan percaya terus apa yang dihidangkannya dalam helaian surat khabar.

Tapi, kita harus sedar, media yang disyaki didalangi zionis yahudi itu mempunyai rekod buruk kerana pernah disaman oleh kerajaan Singapura beberapa kali, dan lebih malang lagi, ia kalah kesemua kes saman tersebut.

Antara artikel yang menyebabkan kerajaan Singapura mengambil tindakan sama terhadap Wall Street Journal adalah ‘Democracy in Singapore’ yang menyentuh perihal kes mahkamah antara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan ahli politik pembangkang, Chee Soon Juan, serta artikel kedua ‘Judging Singapore’s Judiciary’ yang mengkritik sistem kehakiman di negara dari kacamata antarabangsa.

Malah, pada Oktober 2013, akhbar tersebut telah diharamkan untuk dijual di China kerana menerbitkan artikel yang memburukkan golongan elit di sana. Namun setelah tiga bulan, akhirnya ia kembali dibenarkan dijual.

Dari situasi-situasi yang melibatkan akhbar tersebut, anda harus bijak berfikir dan menilai sendiri setiap kandungan berita sebelum mempercayainya.

FL14_MALAYSIA5_1469037g

Kalau difikirkan secara mendalam, seandainya kenyataan yang dihujahkan Najib benar, makanya tindakan Tun M satu ketika dahulu yang pernah mengkritik bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gemar menjaja perihal negara kepada media asing boleh diibaratkan seperti menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri…

Sedih sungguh kalau perkhabaran ini benar-benar terjadi, lebih-lebih lagi terkenang akan tindakan tersebut dilakukan seorang Islam yang tegar bersepakat dengan puak Zionis Yahudi untuk menyingkirkan seorang pemimpin Islam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Laporan Tentang Tuduhan Wall Street Journal Terhadap Najib Razak

Tags: Khairuddin Abu HassanNajib Tun RazakPerdana MenteriSarawak ReportUMIE AIDAWall Street Journal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd