• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

STING Bongkar Makmal, Rampas Dadah RM1.5 Juta Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis merampas kira-kira 26 kilogram heroin dan 0.6 kilogram syabu bernilai lebih RM1.5 juta serta menahan lima lelaki dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth, dekat sini Selasa lepas.

Operasi Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama Jabatan Narkotik Pulau Pinang dari pukul 9.30 pagi hingga 10.45 malam itu turut membongkar sebuah makmal memproses dadah di Bayan Lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kelima-lima lelaki yang ditahan itu berumur antara 27 dan 53 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

“Dalam serbuan pertama pada pukul 9.30 pagi di sebuah rumah di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas, polis merampas dadah jenis syabu dan heroin, serbuk kafein, bahan kimia serta peralatan memproses dadah selepas menahan seorang lelaki.

“Empat lagi lelaki ditahan dalam dua serbuan antara pukul 12.20 tengah hari dan 10.45 malam di kawasan Bayan Lepas dan Butterworth,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit juga dipercayai anggota kongsi gelap Gang O4 dan Sio Sam Ong.

Abdul Rahim berkata polis turut menyita empat kereta, sebuah motosikal, wang tunai, barangan kemas dan jam tangan berjenama yang kesemuanya bernilai kira-kira RM1.42 juta.

“Siasatan awal polis mendapati dadah yang diproses itu adalah untuk kegunaan tempatan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata dari Januari hingga 22 Julai lepas, polis Pulau Pinang berjaya membongkar 10 makmal memproses dadah di negeri ini dan menahan 31 orang dengan nilai rampasan dadah mencecah RM7.4 juta. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Y5zY-vyriV8

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd