• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Di Laman Sosial Boleh Undang Padah

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Linda (bukan nama sebenar) memuat naik status di laman sosial Facebook dengan memaklumkan dirinya dan keluarga akan bercuti selama seminggu ke luar negara.

Sambil mengungkapkan kata-kata tidak sabar menikmati percutian bersama suami serta anak-anak, dia sempat memasukkan maklumat lokasi rumahnya dan dengan riang membalas komen rakan-rakan yang bertanya perihal percutian itu antaranya tempat, bila dan sebagainya.

Setelah menghabiskan percutian di London, Linda dan keluarga pulang ke tanah air dan terkejut apabila mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak dan barangan berharga hilang akibat dipecah masuk perompak.

Satu laporan polis dibuat dan Linda mengakui ia ada kaitan dengan sikapnya yang gemar mendedahkan kehidupan peribadi hingga akhirnya memakan diri.

Peningkatan kes seumpama itu jugalah yang mungkin sebelum ini mendorong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan bahawa laman sosial tidak boleh dianggap sebagai diari peribadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan SKMM Nur Halili Nadia Mustapha Kamal berkata maklumat peribadi tidak harus dikongsi sewenang-wenangnya.

“Kita tak kenal kawan-kawan di laman sosial yang mungkin memanipulasi maklumat yang kita kongsi dan mengundang kepada niat jahat,” katanya sambil menasihatkan pengguna laman sosial supaya berfikir secara bijak sebelum berkongsi atau memuat naik sesuatu bahan.

Dari satu sudut lain, Syafiq (bukan nama sebenar) pula berkata status mengundang padah bukan terhad kepada berkongsi kehidupan peribadi dan lokasi sahaja, kerana pendapat dan pandangan peribadi yang dilontarkan juga ada kalanya boleh memudaratkan diri.

Syafiq yang aktif memuat naik status berunsurkan politik, mengakui pernah beberapa kali ‘bertegang urat’ di alam maya dengan teman-teman yang berselisih pendapat dengannya.

“Saya akui akibat menurut kata hati, saya gunakan laman sosial sebagai melepas perasaan marah dan akhirnya memutuskan tali persahabatan,” katanya.

Beliau berpandangan status yang dimuat naik pada masa kini banyak yang terpalit dengan emosi sehingga alam maya menjadi medan pergaduhan, meluahkan rasa tidak puas hati, menghentam pihak lain atau organisasi dan sebagainya.

Pihak yang membacanya mungkin melihat ini sebagai cermin kepada peribadi seseorang, tambahnya. – BERNAMA

Tags: status facebook
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lawak… Tempah Jack Kereta Tapi Terbeli Jack Mainan!

05/03/2018
0

MEMBELI-BELAH secara dalam talian sememangnya memudahkan dan sangat menjimatkan masa. Malah, hampir semua benda kini boleh dibeli dari rumah sahaja...

Dituduh Menipu, Shahir Lari Dari Bayar Hutang?

05/11/2017
0

SEJAK menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar, nampaknya nama Shahir kembali meniti di bibir para netizen. Bermula dengan aksi tariannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd