• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Menipu, Shahir Lari Dari Bayar Hutang?

oleh AK-47
05/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar, nampaknya nama Shahir kembali meniti di bibir para netizen.

Bermula dengan aksi tariannya ketika mendendangkan lagu Pencuri Hati, Shahir dihimpit kontroversi pula apabila dia dikaitkan dengan seorang pramugari bernama Mona.

Hari ini, namanya sekali lagi menjadi topik perbualan hangat apabila terdapat seorang individu yang melabelkannya sebagai seorang penipu dan kaki propa.

Pada 31 Oktober lalu, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Raudhatul Ain Rosni memuat naik sekeping gambar penyanyi itu dengan caption “kaki sembang. Kaki Propa. Penipu. Baik la juga tapi propa lebih.”

Pada hari yang sama, Ain turut memuat naik satu lagi posting gambar penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan itu dan menyifatkan penyanyi lelaki ini sebagai pengecut.

Tidak berhenti di situ sahaja, Ain turut menyatakan yang Shahir seakan-akan mahu lari dari tanggungjawab untuk membayar hutangnya.

Dedah Ain lagi, dia juga sudah habis bertolak ansur kepada penyanyi itu dengan tidak mengganggu Shahir ketika sedang becuti dan semasa dia bertanding dalam AF Megastar.

Selepas komitmen Shahir bersama program realiti itu sudahpun berakhir, ini merupakan masa yang sesuai untuk Ain menuntut kembali hutangnya.

Dalam pada itu, Ain turut membuka rahsia yang khabarnya sudah banyak kali Shahir memungkiri janji untuk membayar hutang yang dipinjamnya itu.

Dia turut menyatakan yang hutang ini harus diselesaikan walaupun salah seorang daripada mereka ‘pergi’ dahulu meninggalkan dunia ini.

Menurut screenshot perbualannya dengan penyanyi itu, Shahir seakan berjanji akan menyelesaikan hutangnya itu selepas mendapat bayaran dari program AF Megastar yang disertainya.

Dalam pada itu, wanita ini turut menjelaskan yang dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka usai sahaja penyanyi berkenaan melangsaikan kesemua hutang yang dibuatnya.

Bagaimanapun, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Diharapkan kedua-dua mereka dapat menyelesaikan apa jua isu dan masalah yang dihadapi dengan rasional. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HutangRaudhatul AinShahir Zawawistatus facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Lelaki Warga Asing Gesel Kemaluan Pada Kanak-kanak Dicekup

Gaduh Akibat Hutang RM30, Lelaki Cedera Ditikam Rakan

08/03/2024
0

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam dan dikelar menggunakan pisau. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd