• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Lancar Album Piring Hitam.. Unplugged

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza melengkapkan dua dekad penampilannya dalam dunia seni hiburan tanah air dengan melancarkan album terbaharunya berjudul ‘Unplugged’.

Istimewanya album terbaharu Siti Nurhaliza itu akan dicetak dalam bentuk piring hitam buat pertama kalinya, dan dijangka berada di pasaran selepas Hari Raya Aidilfitri, menurut kenyataan media yang diedarkan pada majlis pelancaran album tersebut oleh beliau, di sini semalam.

Album terbaharu itu memuatkan 18 trek, termasuk tiga buah lagu baharu iaitu Mikraj Cinta, Engkau dan Menatap Dalam Mimpi serta 20 buah lagu daripada konsert Unplugged beliau yang diadakan pada April lepas, yang diadun semula menjadi medley.

Selain itu, dimuatkan lagu-lagu hits beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik tanah air selama dua dekad.

Album baharunya dalam bentuk cakera padat telah mula dipasarkan sejak semalam, dengan sebanyak 5,000 unit telah dijual, dan peminat juga boleh muat turun melalui laman iTunes dan di semua platform digital lain seperti Spotify, Deezer dan KKBox.

Album itu dihasilkan dengan kerjasama Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd. – BERNAMA

https://youtu.be/-WJhxuWF3FM

Tags: siti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd