• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Nafi Tidak Benarkan Operasi Pembenihan Awan

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Singapura menyangkal dakwaan ia tidak membenarkan operasi pembenihan awan dilakukan di ruang udara empangan Sungai Lebam dan Layang di Johor.

Sebaliknya, kata republik itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) bagi mempermudah kegiatan penerbangan, termasuak untuk operasi pembenihan awan.

Konsulat Jenderal Singapura di Johor Baharu, dalam kenyataan di sini pada Jumaat, berkata Singapura tidak dihubungi baru-baru ini berhubung operasi pembenihan awan, sama ada oleh DCA atau mana-mana agensi lain dari Malaysia.

“Singapura menyokong penuh usaha melakukan pembenihan awan di Johor, terutama pada musim kering, dan sebelum ini menawarkan diri untuk membantu usaha memadam kebakaran hutan,” katanya.

Katanya, agensi air Singapura, PUB, juga bekerjasama rapat dengan rakan sejawatanya dari Malaysia, termasuk Johor.

Kenyataan itu menyebut kedua-dua pihak juga bekerjasama rapat dalam melakasanakan pelbagai projek, termasuk Bendungan Sungai Johor bagi menambah sumber air di Johor.

Katanya, dakwaan bahawa Singapura enggan membenarkan operasi pembenihan awan dilakukan kerana kegiatan itu dianggap menceroboh wilayah Singapura adalah tidak berasas.

Singapura menyatakan demikian bagi mengulas satu laporan berita semalam yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad sebagai berkata Johor perlu mencari jalan lain berikutan keengganan Singapura memberi kebenaran untuk melakukan operasi pembenihan itu.

Paras air di dua empangan tersebut, yang membekalkan air kepada kira-kira 760,000 pengguna, kini mencapai tahap kritikal.

Paras air di empangan Sungai Lebam menurun kepada 9.87m daripada 12.27m, manakala di empangan Layang merosot kepada 19.72m daripada 23.50m.

Sekiranya paras air di dua empangan itu tidak meningkat beberapa minggu lagi, SAJ Holdings Sdn Bhd., mungkin perlu mula menjadualkan semula bekalan air, kata laporan itu. – mStar Online

 

Tags: HujanSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd