• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Pemandu Teksi, Aspek Keselamatan Penting Tarik Pelancong Ke KL

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap pemandu teksi dan aspek keselamatan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke ibu kota selepas tersenarai sebagai antara destinasi berpatutan untuk dikunjungi oleh sebuah laman pelancongan, Trip Advisor, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Hamzah Rahmat berkata ramai pemandu teksi bersikap ‘acuh tak acuh’ dan tidak menghormati penumpang selain tidak menggunakan meter.

“Pemandu teksi sebagai duta kecil negara seharusnya menunjukkan contoh yang baik dengan menghargai pelancong kerana ia adalah sebahagian daripada tugas mereka membawa penumpang ke destinasi sekali gus mempromosikan Malaysia kepada orang luar,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan lebih kerap bagi memastikan masalah yang sering dibangkitkan oleh penumpang itu diatasi segera.

Katanya pihak berkuasa juga disaran meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Kuala Lumpur tersenarai di tempat ketujuh sebagai destinasi berpatutan untuk dikunjungi bagi percutian singkat mengatasi Manila.

Menurut laman pelancongan itu, Hanoi, Vietnam dipilih sebagai destinasi paling berpatutan diikuti Warsaw, Poland serta Sham el-Sheikh, Mesir di tempat ketiga.

Sementara itu, pemilik Elaf Al Massa Travel & Tours, Awiah Maarip mencadangkan supaya lebih banyak ‘factory outlet’ yang dilengkapi dengan kemudahan hotel dan khidmat kenderaan shuttle diwujudkan untuk menarik kedatangan pengunjung.

Tambahnya, kawasan kem musim panas juga boleh diadakan di ibu negara yang mempunyai banyak tempat riadah untuk dibangunkan sebagai kem berkenaan.

“Penerbangan sewa khas dari negara Selatan Eropah seperti Rusia dan Kazakhstan juga perlu disediakan terutamanya pada musim sejuk kerana pengunjung dari negara terbabit mempunyai kuasa membeli yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Rashidi Hasbullah berkata pelbagai bentuk aktiviti telah dijalankan seperti Cuti-cuti Malaysia, promosi 1,001 Pakej, Promosi bersama KTMB untuk mendedahkan Malaysia khususnya Kuala Lumpur ke mata dunia.

Beliau berkata satu aplikasi dikenali ‘Malaysia Trip Planner’ telah dibangunkan bertujuan membantu pelancong mengenali tarikan unik, acara menarik dan perayaan sepanjang tahun di negara ini menerusi telefon pintar.

“Kementerian bersama majlis perbandaran turut berhasrat menjadikan bandar lain di negara ini sebagai destinasi berpotensi dengan menambah lebih banyak taman keluarga, pusat aktiviti dalaman dan luaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelancongpemandu teksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd