• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Sebelum Sebar Maklumat Di Laman Sosial

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasat kesahihan sesuatu laporan sebelum menyebarkannya di laman sosial andai tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang atau menyinggung perasaan orang lain.

Itu nasihat Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya yang tidak mahu pengguna laman sosial terlalu ghairah menghebahkan maklumat tanpa memikirkan kesannya.

“Selepas mendapat sesuatu maklumat atau gambar serta video, perkara pertama perlu dilakukan adalah berfikir dulu sebelum berkongsi, memberi komen atau suka.

“Kemudian buat kesimpulan sama ada maklumat berkenaan hendak dikongsi atau disimpan kerana mungkin apa yang kita kongsi kelak boleh mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat ” katanya kepada Bernama di sini.

Aktivis sosial itu juga berkata, ada juga pengguna laman sosial yang suka berkongsi gambar milik orang lain hanya bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka atas pelbagai alasan dan itu boleh mengundang tindakan undang-undang.

Dr Saharuddin berkata ada pula individu atau kumpulan yang sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan hasutan di laman sosial yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat pengguna laman sosial perlu berwaspada dengan tindakan mereka sebelum keadaan menjadi parah.

“Ada individu beranggapan mereka mempunyai kebebasan untuk membuat sebarang kenyataan di laman sosial. Kalau kenyataan betul, ia boleh disebarkan untuk rujukan masyarakat.

“Contohnya, jika seseorang memerlukan kumpulan darah tertentu, maka maklumat itu boleh disebarkan demi menyelamatkan nyawa mereka.

“Tapi jika kita sebarkan sesuatu yang tidak betul, kesannya mungkin menjadi buruk,” katanya.

Sehubungan itu, Lee meminta orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita sensasi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang disebarkan melalui media sosial. – BERNAMA

Tags: media sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd