KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Expressways Bhd berkata keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan adalah terkawal.
“Setakat ini, tiada sebarang kemalangan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, trafik di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor bergerak lancar tanpa sebarang gangguan, menurut twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
Aliran Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Dari Utara Jul 20, 2015

