SEMUA tahu, situasi semasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada dalam fasa kurang baik.
Ini berikutan tindakan Tun M yang secara berterusan mengkritik pentadbiran Najib, malah menggesa supaya beliau meletakkan jawatan.
Saya Tersepit Antara Pemimpin Dan Bapa Sendiri – Mukhriz
Lagi menambahkan ketegangan, anak Tun M iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan Menteri Besar Kedah sekarang dan berada di bawah pimpinan Najib selaku orang nombor satu Barisan Nasional (BN).
Maka, ramai yang membuat pelbagai spekulasi nakal dengan mendakwa Mukhriz tidak menyebelahi Najib dan memilih untuk memihak pada bapanya.
Nampaknya, telahan ramai pihak tentang kedinginan hubungan antara Najib dan Mukhriz nyata meleset sama sekali setelah kedua-duanya dilihat mesra dalam satu majlis berbuka puasa di Alor Setar, semalam.
Menurut laporan, Najib telah hadir dalam satu majlis iftar di Masjid Al-Bukhary di Alor Setar dan bertemu kira-kira 5,000 rakyat yang membanjiri perkarangan kawasan tersebut.
Dalam majlis berkenaan, kedua-dua mereka dilihat tidak kekok dan kerap kali berbual, lantas menepis persepsi negatif segelintir pihak sebelum ini.
Sebelumnya, Najib turut diiringi Mukhriz hadir di tapak bazar Stadium Darulaman dan bermesra dengan pengunjung di situ kira-kira 20 minit.
Senang cakap, kedua dua figura itu menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi apabila berurusan dan meletak tepi soal peribadi demi kepentingan rakyat. Tahniah!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Najib Lawat Bazar Stadium Darulaman