• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sederet 8 Rumah Kedai Di Kampung Chuah Musnah Terbakar

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Sederet lapan buah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Besar Kampung Chuah, dekat sini awal hari ini.

Kebakaran pada kira-kira 4.45 pagi itu memusnahkan enam buah rumah kedai dua tingkat dan dua buah kedai setingkat yang kebanyakannya didirikan daripada kayu, membabitkan kedai runcit, restoran dan pasar mini.

Pegawai operasi S. Maniam berkata bomba menerima panggilan tentang kejadian itu pukul 4.58 pagi dan segera menggegaskan tiga buah jentera bersama 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Telok Kemang dan Sepang, Selangor.

“Pihak kami berjaya mengawal api daripada merebak ke premis bersebelahan dalam masa 10 minit dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh hampir tiga jam,” katanya ketika dihubungi.

Maniam, yang juga pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni premis berkenaan sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Katanya sepasukan anggota daripada Unit Forensik jabatan itu sedang menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd