• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Akan Kekal Dalam Malaysia, Kata Riot

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem tidak ragu bahawa Sarawak akan kekal selamanya dalam Malaysia.

Riot yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata perhimpunan yang diadakan di Kuching semalam bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan Sarawak daripada British pada 22 Julai 1963, hanya mencerminkan sentimen peserta dan bukannya kerajaan negeri.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami untuk berpisah dengan Malaysia,” kata Anggota Parlimen Serian itu.

Walaupun penganjur 722 Sarawak Freedom and Independence Walk mendakwa perhimpunan itu bukan untuk menggesa Sarawak keluar dari Malaysia tetapi kira-kira 8,000 pesertanya memakai baju T hitam dengan slogan “Sarawak for Sarawakians” (Sarawak untuk Orang Sarawak) dan membawa kain rentang serta bendera negeri yang lama dan yang baharu.

Beliau berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sudah membuat “beberapa permintaan untuk negeri” dan beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi perhatian.

“Saya tahu YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sangat dekat dengan Sarawak dan sebagai seorang menteri dari Sarawak, saya gembira Sarawak sangat dekat dalam hati beliau (Najib),” kata Riot.

Pengerusi penganjur, Peter John Jaban berkata perhimpunan itu diadakan untuk menyuarakan permintaan berhubung isu pendidikan, kesihatan dan royalti minyak. – BERNAMA

Tags: Richard Riot Jaemsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd