• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Nik Nazmi Terhadap Bekas Peguam Negara Ditetapkan Pada 29 Okt

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan dua hari bermula 29 Okt untuk perbicaraan kes saman Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung dakwaan salah laku kerana mendakwanya buat kali kedua mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Melissa Sasidaran mewakili Nik Nazmi dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, mewakili Abdul Gani dan kerajaan.

Ketika ditemui pemberita Melissa berkata, mahkamah juga menetapkan 30 Sept ini untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memfailkan pernyataan saksi.

Pada 31 Mac lepas, Nik Nazmi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor memfailkan saman itu dengan menamakan Abdul Gani, yang ketika itu Peguam Negara dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi, 33, selaku plaintif mendakwa Abdul Gani telah melakukan pendakwaan yang berniat jahat kerana bertindak mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei 2014, walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapi mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Nik Nazmi berkata sebelum ini beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei 2013 atas tuduhan menganjurkan perhimpunan program penerangan negeri Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei 2013, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Namun, Nik Nazmi dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 6 Mei 2014 mahkamah telah melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan itu atas alasan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 diisytiharkan batal dan tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi juga mendakwa tindakan Abdul Gani mendakwanya buat kali kedua bagi pertuduhan yang sama menyebabkan reputasinya tercemar dan menggambarkan beliau sebagai seorang penjenayah yang memberi ancaman terhadap keselamatan negara yang harus dibawa ke mahkamah meskipun telah dilepaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya itu.

Oleh itu, Nik Nazmi menuntut ganti rugi khas sebanyak RM80,000, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Nik NazmiPeguam Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd