Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Media China Diminta Tidak...

BEIJING: Ketika Barat berlumba-lumba mengenakan sekatan terhadap Rusia kerana menyerang Ukraine, China pula...

Suri Rumah Berdepan 6...

SEPANG - Seorang suri rumah dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini dengan enam...

Gunung Anak Krakatau Meletus...

SUMATERA : Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali...

Lokman Bersalah Hina Mahkamah,...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan amaran terakhir kepada bekas...

Rombakan Kabinet: Ini Muka Baru Yang Dilantik Najib..

KIRA-KIRA jam 1.45 petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu sidang media dan mengumumkan senarai nama menteri dalam rombakan kabinet terbarunya.

Ura-ura tentang penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri nampaknya benar-benar berlaku apabila jawatan beliau digantikan Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala portfolio Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan bertukar tangan kepada muka baru.

Kabinet Baru Najib: Senarai Menteri Yang Disingkir & Diganti

Najib turut mengetepikan nama Datuk Seri Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Selain mengugurkan empat menteri dan seorang timbalan menteri, Najib turut menyerap masuk beberapa muka baru ke dalam kabinetnya dalam usaha untuk memapankan pentadbiran kerajaan.

mynewshub.cc

najib-kabinet-baru

Bagi menggantikan portfolio yang kosong dalam Kementerian Pendidikan yang sebelum ini diisi Muhyiddin, Najib memilih Datuk Seri Mahzir Khalid yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut bertukar tangan apabila ia diserahkan kepada Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak. Menteri terdahulu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bekas Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said sekali lagi dibawa masuk dalam kabinet terbaru Najib apabila beliau diserapkan ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, beberapa nama pemimpin muda turut mengisi jawatan sebagai timbalan menteri. Antaranya, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Emieyati Samsudin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Selain itu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Agama manakala Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik menjawat jawatan Timbalan Menteri Luar Negeri.

Berikut merupakan senarai penuh nama-nama menteri dan timbalan menteri baru yang diserapkan dalam kabinet Najib berkuat kuasa esok, 29 Julai 2015:

1. Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

2. Datuk Hamzah Zainuddin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi)

4. Datuk Seri Mahzir Khalid (Menteri Pendidikan)

5. Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)


6. Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II)

7. Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia)

8. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan)

9. Datuk Nur Jazlan Mohamed (Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Timbalan Menteri JPM – Hal Ehwal Agama)

11. Senator Tuan Chong Sin Woon (Timbalan Menteri Pendidikan)

12. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri Luar Negeri)

13. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

14. Tuan Masir Anak Kujat (Timbalan Menteri Dalam Negeri)

15. Datuk Johari Abdul Ghani (Timbalan Menteri Kewangan)

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Rakaman Penuh Ucapan Najib Dalam Pengumuman Rombakan Kabinet

https://www.youtube.com/watch?v=yi6gy6OZkJc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori