• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM4 Bilion Bagi Pembangunan 5 Tahun KL – Datuk Bandar

oleh Ahmad Albab
28/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntuk RM4 bilion dalam jangka masa lima tahun bermula tahun ini bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bersih, ceria serta dipenuhi kehijauan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata peruntukan itu akan melibatkan pembinaan dewan orang ramai, penambahbaikan jalan raya, jejantas dan taman awam seperti Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Titiwangsa.

“Pembinaan infrastruktur ini akan turut merancakkan peluang perniagaan yang sekali gus dapat menambah hasil cukai DBKL yang akan dikembalikan semula kepada rakyat,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-11, di Menara DBKL di sini hari ini.

Mhd Amin menyandang jawatan tersebut pada 20 Julai lepas menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Beliau turut mengumumkan penstrukturan semula organisasi DBKL berkuat kuasa 1 Ogos ini termasuk menyatukan jawatan Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL manakala jawatan Timbalan Ketua Pengarah DBKL akan diambil alih pengarah-pengarah eksekutif sedia ada.

Beliau berkata DBKL juga akan menyatukan jabatan di bawahnya yang mempunyai skop tugas hampir sama seperti Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Kerja Awam yang memfokus kepada kerja-kerja kejuruteraan awam.

Ini termasuk menyatukan Jabatan Perancangan Bandar dan Jabatan Perancangan Fizikal yang memfokuskan kepada kerja perancangan bandar, katanya.

“Penstrukturan ini bertujuan mengurangkan karenah birokrasi dan menyelesaikan tugas dengan lebih cepat, pantas dan berkesan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: DBKLkuala lumpur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd