• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putus Kerjasama Dengan DAP Atas Hukum Syarak

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan PAS memutuskan kerjasama DAP adalah berdasarkan hukum syarak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Majlis Syura Ulama PAS telah membuat perkiraan itu secara halus sebelum keputusan itu dibuat demi Islam di Malaysia.

“Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kerjasama politik dengan DAP terbatal ekoran berlakunya pelanggaran syarat tahaluf yang diizinkan oleh syarak.

“DAP bukan lagi tidak bersetuju PAS melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan tetapi telah bertindak mahu menghalang dan menentang hasrat PAS tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, DAP melancarkan provokasi, bantahan terbuka ke atas pelaksanaan hudud di merata tempat tanpa mempedulikan sentimen umat Islam.

Malah, katanya, DAP menyelar kepimpinan PAS dan campur tangan dalam urusan pemilihan PAS yang menunjukkan nilai kerjasama itu telah rosak dan syarat tahaaluf siasi telah batal.

Justeru, katanya, keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP bukan penamat bagi PAS untuk terus berperanan sebagai parti politik yang mendokong gerakan dakwah, siasah dan tarbiah.

“Masih terdapat 1001 cara dan ruang untuk PAS meneruskan agenda dakwah dan siasahnya sekaligus menembusi “pasaran” non muslim,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd