• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara bermula 6 Julai hingga 15 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, tawaran itu bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Puspakom bersedia menawarkan 5,000 pemeriksaan kenderaan persendirian ecara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara dalam tempoh 10 hari ini.

“Keadaan kenderaan yang tidak selamat merupakan salah satu punca kemalangan dan kami berharap agar lebih ramai pemilik kenderaan persendirian merebut peluang ini bagi memastikan kenderaan mereka selamat dipandu ketika balik ke kampung untuk meraikan perayaan bersama ahli keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shukor berkata, Puspakom turut berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memastikan keselamatan kenderaan bagi mengurangkan kemalangan di atas jalan raya melalui program tersebut.

Jelasnya, pemeriksaan kenderaan prsendirian secara percuma itu merangkumi 25 peringkat pemeriksaan iaitu Ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Bahagian Atas & Bawah Kenderaan, Brek, Ketelusan Cermin, Keadaan Tayar dan Rim, Keadaan Ekzos dan sebagainya.

Kata beliau, orang ramai boleh membuat temujanji dengan menelefon cawangan-cawangan Puspakom berdekatan terlebih dahulu untuk mendapatkan waktu pemeriksaan yang sesuai.

“Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6927 atau layari laman web www.puspakom.com.my untuk mendapatkan senarai cawangan Puspakom di seluruh negara,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Puspakom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

14/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya...

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Isu kartel dan 'runner' yang memanipulasi proses pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd