Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sikap Yang Betul Diambil...

KUALA LUMPUR - Apa yang akan membezakan siswazah dengan pesaing lain dalam temu...

Statistik Doktor Malaysia Di...

PUTRAJAYA - Statistik yang mendakwa terdapat 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat di United...

Mah Siew Keong Umum...

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan...

Pakaian Warna Warni: ADUN...

SHAH ALAM - ADUN Bukit Lanjan seolah-olah tidak berpuas hati dengan teguran Speaker...

PUNB Serah Zakat Perniagaan RM860,000

KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyerahkan zakat perniagaan syarikat untuk haul 2014 sebanyak RM860,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Dzulkifli Fadzilah berkata, penyerahan zakat perniagaan itu merupakan tanggungjawab PUNB sebagai badan korporat untuk membantu membangunkan ekonomi umat Islam disamping mengeratkan perpaduan sosial ummah.

Malah, katanya, bagi haul 2014, PUNB memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk diagihkan kepada 14 negeri termasuk Sabah dan Sarawak selaras dengan operasi perniagaan PUNB yang bertanggungjawab membangunkan golongan usahawan Bumiputera negara ini.

“Buat masa ini, selain Wilayah Persekutuan, kita telah juga menyerahkan sebanyak RM30,000 kepada PPZ Selangor pada 25 Jun lalu dan bagi negeri-negeri lain pula, PUNB sedang menyusun jadual serahan bersama PPZ negeri masing-masing selewat-lewatnya bulan Julai nanti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Dzulkifli berkata, PUNB sejak 2008 lagi telah menyumbang hampir RM8 juta zakat perniagaan melalui pembayaran zakat oleh syarikat dan badan korporat secara berterusan dan bersepadu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qwTYQ8Ke9Ng

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori