• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP Jasa: Barang Tiruan, Kenapa KPDNKK Lambat Bertindak?

oleh AK-47
14/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengutarakan persoalannya mengenai kelewatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam bertindak membanteras penjualan barang-barang tiruan di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai sarang kepada penjualan barangan tersebut.

Menulis di laman Facebooknya, Puad turut memberikan cadangan kepada kementerian tersebut untuk memerangi habis-habisan penjualan barangan tiruan dengan memulakannya di Plaza Low Yat terlebih dahulu.

Penerangaannya itu dilihat sebagai mengulas insiden pergaduhan yang tercetus di Plaza Low Yat yang mana didakwa kerana rasa tidak puas hati ramai pengguna berikutan tiada sebarang tindakan yang diambil daripada pihak bertanggungjawab untuk membanteras penjualan barangan tiruan.

Ini semua gara-gara khabar angin sebelum ini yang mengatakan pergaduhan itu tercetus disebabkan penjual menjual barangan tiruan kepada seorang lelaki sehingga membawa kepada pertelagahan, Sabtu lalu.

Mesti Baca! Pertelingkahan Di Low Yat, Ini Cerita Sebenar

Selain itu, Puad turut melahirkan kebimbangannya dengan pelbagai foto yang dikaitkan mempunyai kaitan dengan pertelagahan di plaza yang menjual barangan elektronik itu yang senang-senang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun foto-foto yang dikongsikan di laman-laman sosial itu dipercayai langsung tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Ada gambar dari luar negara, ada gambar kemalangan jalan raya bahkan ada gambar orang cedera kerana jatuh longkang pun diviralkan kononnya akibat pergaduhan tersebut.

Dikhuatiri perkara ini boleh mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat sekiranya pihak pembangkang mengambil kesempatan di atas isu ini untuk menjejaskan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Puad, kebiasaannya Parti DAP akan cuba mencari ‘keuntungan’ sekiranya berlaku sebarang pergaduhan di antara kaum di negara ini.

PUAD1

“Seperti biasa DAP akan ambil kesempatan. Facebook Teresa Kok mengaitkan pergaduhan tersebut sebagai arahan UMNO. Begitulah DAP, mereka mencari untung kerana berlaku pergaduhan kaum maka DAP lah yang dapat untungnya,” tulisnya.

Apa yang ditulis Puad ada betulnya, seharusnya kita perlu meneliti terlebih dahulu setiap gambar mahupun informasi yang diperoleh menerusi laman-laman sosial.

Semak dahulu kesahihan sebelum menyebarkannya.

Diharapkan netizen dapat memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dan tidak mewujudkan sebarang spekulasi yang sekali gus dapat menjejaskan siasatan pihak polis berhubung kes pergaduhan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Fokus Utama JASA Pertahankan Kerajaan Hari Ini – Puad Zarkashi

https://www.youtube.com/watch?v=qxtsEk4C20g

Tags: DAPfacebooklow yat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd