• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Kenya Tetap Tak Setuju Barack Obama Sokong Gay

oleh AK-47
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta, mengenai isu homoseksual atau gay.

Dalam ucapan beliau sempena hari pertama lawatannya ke Afrika, Obama menyeru seluruh masyarakat di sana untuk tidak mendiskriminasi individu melalui orientasi seks mereka.

barack

Sebelum itu beberapa orang ahli politik serta pemimpin agama di sana telah memberitahu Obama untuk tidak membincangkan perkara tersebut namun beliau kelihatan sangat berminat untuk membangkitkan isu itu.

“Apabila anda memberi layanan berbeza kepada setiap orang, itu adalah punca kebebasan terhakis dan perkara buruk akan berlaku,” kata Obama.

Rentetan isu mengesahkan perkahwinan sejenis di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat baru-baru ini oleh Mahkamah Agung di sana, Obama membincangkan isu itu ketika membuat ucapan bersama-sama dengan Uhuru di Nairobi di hadapan para media tempatan.

Presiden Kenya bagaimanapun berkeras, walaupun Amerika dan Kenya banyak berkongsi pendapat serta nilai-nilai murni, isu homoseksual atau gay ini sama sekali bertentangan dengan negara tersebut.

“Terdapat perkara yang kita perlu bersetuju bahawa kita tidak sependapat. Budaya dan komuniti kami tidak menerima homoseksualiti. Isu ini bukanlah satu isu penting atau diutamakan bagi Kenya dan itu adalah fakta,” kata Uhuru Kenyatta.

Ternyata isu menghalalkan perkahwinan sejenis di Amerika Syarikat sama sekali tidak akan diterima oleh kebanyakan negeri di Kenya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?t=27&v=UV5anW3TOyQ

Oleh: Syfq Akhir

Tags: Amerika SyarikatBarack ObamaKenyapresiden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd