Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Perlombongan Berkembang Sederhana Tahun...

KUALA LUMPUR - Nilai tambah sektor perlombongan terus berkembang pada kadar sederhana sebanyak...

TFC Mula Langkah Kanan...

KUALA LUMPUR – Juara 2001, Terengganu FC (TFC) memulakan kempen Piala Malaysia 2018...

Dikritik ‘Senda’ Pakai Baju...

TINDAKAN pelakon jelita, Fathia yang memuat naik gambarnya mengenakan baju uniform Tentera Darat...

Sharifah Sakinah Kena “Bash’...

NETIZEN ni kadang-kadang terlebih masa di laman sosial selebriti gamaknya, ada pula kesempatan...

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas Pedang Samurai & Pisau Rambo

GEORGE TOWN – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan jenayah dan merampas pelbagai senjata antaranya pedang samurai dan pisau rambo di Lebuh Farquhar, di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata empat lelaki berusia 39 hingga 51 tahun itu ditahan oleh anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Polis menahan sebuah kereta jenis Proton Wira warna putih yang dinaiki empat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan awal polis menemui pelbagai peralatan untuk melakukan jenayah dalam kenderaan itu,” katanya di sini Sabtu.

Beliau berkata antara peralatan yang ditemukan dalam kenderaan dinaiki empat lelaki berkenaan ialah pisau lipat, pedang samurai, parang, pisau rambo, kayu cota, batang besi, sarung tangan dan penutup mulut.

Selain itu, katanya polis turut merampas sejumlah dadah, dua rangkai anak kunci, beg pakaian dan nombor pendaftaran kenderaan yang dipercayai digunakan ketika mereka menjalankan kegiatan jenayah.


“Polis tidak menolak kemungkinan semua mereka yang berasal dari Kedah itu berada di negeri ini untuk menjalankan kegiatan jenayah seperti pecah rumah, samun dan curi kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata semua mereka positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya semua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori