• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Lelaki, Rampas Pistol & Dadah

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan tiga lelaki berusia antara 33 tahun dan 46 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah serta sepucuk pistol jenis automatik dalam serbuan ke atas sebuah rumah di sini Jumaat lepas.

Polis turut merampas satu magazin peluru, sepasang gari, 72 butir peluru hidup dan dua kelongsong.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC T. Narenasagaran berkata dalam serbuan itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menemui dadah dipercayai syabu yang dianggarkan seberat 1,190 gram, heroin (455 gram), ketamin (100 gram), candu (35 gram) dan pil kuda (89 biji dianggarkan seberat 9.5 gram).

“Kita turut menyita tiga buah kereta mewah iaitu Toyota Estima, Toyota Picnic, Mercedes-Benz dan sebuah motosikal milik ketiga-tiga suspek bernilai RM252,500. Ketiga-tiga suspek yang mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah kini ditahan reman selama tujuh hari.

Ujian saringan awal ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah syabu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati bekalan dadah yang dirampas diperoleh dari kawasan Kuala Lumpur dan untuk diedarkan di Johor, manakala Negeri Sembilan hanya dijadikan tempat transit.

Sementara itu, Narenasagaran berkata pada hari yang sama, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Nilai menangkap seorang lelaki berumur 52 tahun dan merampas 275 gram dadah dipercayai heroin.

Katanya pada hari itu juga, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Jempol turut menangkap seorang lelaki berumur 36 tahun dan merampas dadah dipercayai heroin seberat 25 gram, ganja seberat 1.1 gram dan syabu seberat 0.22 gram.

“Nilai pasaran kesemua dadah yang dirampas berjumlah kira-kira RM390,000,” katanya.

“Ketiga-tiga kes ini ditangkap pada musim perayaan dan ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kalangan pegawai dan anggota JSJN yang tidak alpa dengan tugasan harian walaupun masih dalam suasana sambutan Aidilfitri.

Tindakan ini menunjukkan JSJN Negeri Sembilan akan terus mengambil langkah yang lebih drastik untuk menangani masalah dadah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd