• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Gagalkan Cubaan Bawa Masuk 49 Pati Ke Tawau

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan membawa masuk 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua PATI berkenaan ditahan dalam operasi kira-kira 5.45 petang di sekitar Sungai Kalabakan dekat sini.

“Semasa operasi itu, pasukan peronda telah terserempak dengan dua bot jongkong dalam keadaan mencurigakan.

Setelah melakukan pemeriksaan terhadap kedua-dua bot jongkong itu, pasukan peronda mendapati 32 lelaki dan 17 wanita berusia dua hingga 55 tahun di dalam kedua-dua bot berkenaan, tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kedua-dua tekong bot jongkong berkenaan juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dalam salah sebuah bot berkenaan.

“Lelaki tempatan itu dipercayai cuba kembali ke negara ini tanpa menggunakan saluran dan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua PATI yang ditahan berasal dari Indonesia dan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – BERNAMA

Tags: PatiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd