• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Rampas 272,000 Pil Kuda Bernilai RM6.2 Juta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis Kelantan merampas sejumlah 272,000 biji pil kuda yang dianggar bernilai RM6.2 juta di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan, Repek di Pasir Mas pada Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata hasil maklumat awam, sepasukan anggota dari Unit Task Force Narkotik IPK Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 telah melakukan serbuan di rumah berkenaan pada 10.30 malam.

“Pemeriksaan di kolah rumah terbabit membawa kepada penemuan tiga bungkusan bersaiz guni berserta satu plastik merah yang mengandungi pil kuda.

“Kita percaya rumah ini dijadikan tempat transit dadah sebelum bekalan dadah itu diagihkan kepada beberapa sindiket lain untuk diedarkan. Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat dalam serbuan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Rabu.

Mazlan berkata pihaknya kini sedang mengesan seorang suspek berusia 34 tahun dari kampung berkenaan untuk membantu siasatan.

“Kesemua dadah ini dipercayai untuk diedarkan di Kelantan, Pahang dan Terengganu sempena musim Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Ini merupakan kejayaan terbesar bagi Kontinjen Kelantan pada tahun ini dan kita berterima kasih kepada orang awam yang sentiasa memberikan maklumat,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd