• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Makmal Dadah, Rampas Dadah Bernilai RM300,000

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Gambir, di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata rumah tiga tingkat milik kakak lelaki terbabit diserbu kira-kira pukul 1 pagi hasil maklumat awam dan risikan.

“Semasa serbuan, lelaki berusia 36 tahun itu berada di rumah itu bersama ibu bapanya berusia 68 tahun dan hasil pemeriksaan polis menemui sebuah makmal dadah di sebuah bilik di tingkat tiga rumah terbabit.

Siasatan awal mendapati ibu bapa lelaki itu tidak mengetahui anak lelakinya menjalankan aktiviti memproses dadah di tingkat tiga rumah berkenaan dan setakat ini polis tidak menahan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di bilik itu, polis merampas serbuk ecstacy seberat 1.4 kg, serbuk wy (700 gram), pil ecstacy (355 biji), serbuk dadah (200 gram), syabu (31 gram) dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Guan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat memproses dadah sejak enam bulan lepas dan dia juga merupakan anggota sindiket menghasil dan mengedar dadah.
“Semasa serbuan kakak kepada lelaki itu tiada di rumah kerana dikatakan bekerja, jadi polis akan memanggil wanita berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata sindiket itu menghasilkan dadah di rumah berkenaan sebelum diedar di sekitar Pulau Pinang dan negeri-negeri kawasan utara. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Y5zY-vyriV8

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd