• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Terbuka Jalin Kerjasama Dengan Mana-Mana Parti Politik

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mengamalkan rangka kerja dasar yang sama, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya ingat kita punya persahabatan dengan semua orang walaupun dengan UMNO. Kita sama…kita mempunyai perjuangan.

“Kita ada kerangka kerja dasar yang sama di mana kita dan semua anggota politik bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang krisis nasional yang melanda negara, kita ajak bersama untuk menyelesaikannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Amanat Presiden di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan barisan kepimpinan PKR negeri.

Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan PAS bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu.

Haron dilaporkan berkata kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan PAS.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan mengulas berhubung perkara itu dan meminta untuk mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.

Ditanya mengenai pendirian yang diambil PKR terhadap GHB, anggota Parlimen Permatang Pauh itu memberi ‘jawapan selamat’ dengan berkata: “Kita semua kawan…kita ada keterbukaan, mereka kawan lama kita. Kita sebagai kawan, kawanlah…atas kerangka kerja dasar yang sama, kita bersama,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata keutamaan dan pendirian PKR ketika ini adalah bersikap lebih inklusif untuk menjaga keharmonian dan memakmurkan negara serta ekonomi.

“Kita harus bersedia untuk menonjolkan kepimpinan dan di sini Keadilan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan semua parti dan rakyat akan bersama-sama sebagai satu pasukan yang mantap bagi menyelamatkan negara,”katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam muktamar parti bulan lepas.

GHB, yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nora: Tak Mahu Berkahwin Hanya Untuk Tutup Mulut Orang

Next Post

Saya Berpegang Pada Kebebasan Bersuara, Memberi Pendapat

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

09/07/2025
0

KUALA SELANGOR: Polis merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan pengayuh basikal disyaki menghalang laluan bas, Ahad...

Next Post

Saya Berpegang Pada Kebebasan Bersuara, Memberi Pendapat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd